Thursday 5 July 2012

Dendam rakan sekerja

Akibat terlalu sakit hati kerana rakan sekerjanya seorang yg baik,rajin disenangi oleh Majikan dan rakan sekerja yang lain,maka timbul rasa cemburu,irihati,dengki dan khianat terhadap rakannya sendiri.Orang yg menyihirnya telah meminta bantuan datuknya di kampung seorang bomoh untuk mengenakan rakannya sendiri.Keadaan tubuh pesakit ini sentiasa lemah dan semua sendi2nya menjadi sakit seperti dicucuk2.Pesakit ini sering menangis kerana tidak tahan dengan kesakitan yang tidak tertanggung oleh dirinya sendiri.Dia akan menangis meminta pertolongan kepada ahli keluarga supaya tolong ia berubat dan tidak tertanggung lagi kesakitan yg dialaminya selama ini.Pesakit ini akan merintih meminta belas ihsan semua orang yg ada disekelilingnya.Keadaan ini amat menyayat hati semua orang yang ada disekelilingnya.
Apabila ASK dapat mengesan Jin yang ada didalam tubuhnya,maka terbongkarlah segala rahsia kesakitan yang dialaminya selama ini.Setelah diseksa Jin ini mengaku segala2nya dari mana ia datang,siapa yang suruh,siapa tuanya, apa upahnya dan perjanjian dengan orang yang mengupahnya.Ia berkata ia akan lepaskan pesakit ini sekiranya pesakit ini berhenti kerja di tempat kerjanya sekarang,kerana itu kemahuan orang yang mengupahnya,dan ia sekali2 tidak akan mungkir janji dengan orang yg mengupahnya kerana imbuhanya ia telah terima.Untuk mengatasi masalah ini ASK terpaksa bertindak mengeluarkanya secara paksa dari dalam tubuh badan pesakit ini dan memindahkan Jin ini ketempat yang jauh dari manusia.
Setelah itu barulah pesakit ini sedar dan pulih seperti biasa.Allhamdullillah.... syukur kepada Allah kerana memberkati usaha ASK dalam membantu pesakit ini...Amin......

No comments:

Post a Comment