Wednesday 19 September 2012

Pesakit ini terlantar seminggu di ICU,doctor tidak dapat sahkan sebarang penyakit.

Kejadian benar dan aneh ini adalah untuk renungan kita bersama.Pesakit ini telah terkena sihir yang hebat hasil gabungan 3 bomoh ilmu hitam yang handal iaitu dari Siam,Orang Asli dan Indonesia.Ini terjadi akibat timbul perasaan cemburu,irihati,dengki dan khainat terhadap pesakit ini.Akibat dari sihir tersebut pesakit ini selalu pengsan dan muntah darah yang banyak.Semasa tidak sedar ia akan bercakap dalam bahasa yang tidak difahami oleh ahli keluarganya.Akibat kehilangan darah yang banyak mukanya menjadi pucat dan lemah.
Bermacam ikhtiar telah dilakukan untuk mengubati pesakit ini,ada kalanya matanya tidak boleh melihat (Buta) dan mulutnya menjadi bisu tidak dapat bertutur.
Keluarga pesakit ini menjadi buntu lalu mereka membawa pesakit ini ke hospital untuk rawatan susulan (moden).Ketika di hospital pesakit ini  menjadi koma tidak sedar diri selama seminggu,setiap kali ia batuk,darah akan keluar dengan banyak.Pihak doktor terpaksa masukan darah lain sebagai ganti,sebanyak 4 beg dalam sehari.Keadaan ini berlarutan selama seminggu,pihak doktor sendiri tidak dapat mengesahkan apa jenis penyakit yg dihadapi oleh pesakit ini.Ibu pesakit ini menjadi risau dan tertekan lalu ia meminta kebenaran dari doktor untuk membawa anaknya ini keluar.pihak hospital melarang dan jika ibunya hendak juga pihak hospital tidak akan bertanggungjawab keatas anaknya jika ada apa2 yg berlaku selepas ini.Ibunya tekad kerana hidup dan mati anaknya adalah ketentuan Allah maka ia rela menghadapi segalanya.
Dari hospital,mereka terus membawa pesakit yg dlm keadaan koma ke Pusat Rawatan ASK,ketika kereta mereka berhenti di hadapan rumah ASK pesakit ini ketakutan dan berlari keluar dari kereta dan dikejar oleh ahli keluarganya,Ia lari kerana mahluk halus didlm tubuhnya takut untuk berhadapan dengan ASK.Setelah dapat ditangkap mereka telah mengusungnya masuk kedlm bilik Rawatan ASK.Keadaan pesakit ketika itu dlm keadaan kekejangan,dan mulutnya berbuih2.Setelah dirawat,mahluk halus didlm tubuhnya mengaku kalah(tewas) dan dia berjanji akan memulihkan sendiri pesakit ini,termasuk mengeluarkan apa saja bisa2 yang ia telah masukkan tubuh pesakit ini.Setelah ditanya oleh ASK ia mengaku telah di upah oleh seorang kenalan keluarga ini dgn upah yg lumayan,dgn tujuan untuk membinasakan diri pesakit ini.Setelah itu ASK bertindak memindahkan mahluk laknat ini ke tempat yang jauh dari manusia, agar ia tidak boleh menganggu mana2 manusia lagi,untuk keselamatan pesakit ini juga ASK telah pergi kerumah pesakit ini dan memagar seluruh kawasan rumahnya dari dimasuki oleh mana2 mahluk halus yang lain lagi. Insyallah... Wallahhuwakklam.. di ICU,doctor tidak dapat sahkan sebarang penyakit.