Thursday 19 July 2012

Bekas tentera amal ilmu hitam (Susuk Kebal) menderita sakit yg aneh.

Bekas tentera amal ilmu hitam (Susuk Kebal) mender... Pesakit ini adalah bekas anggota tentera seorang yang gagah berani dan hebat semasa muda dahulu,Ini adalah kerana ia telah mempelajari Ilmu hitam dari seorang guru silat dari Indonesia.Guru dia telah memasukan beberapa batang susuk besi ke dalam tubuhnya dengan tujuan agar pesakit ini menjadi kebal dan tidak lut oleh sebarang senjata.Menurut bekas isterinya setiap malam Jumaat ia akan asapkan kemeyan keseluruh tubuh badannya.Jika ia tidak lakukan,badannya akan menjadi lemah.
Dengan ilmu yang dia amalkan pesakit ini menjadi sombong,bongkak dan memandang rendah kepada semua orang.Ia tidak bercampur @ bergaul dengan masyarakat sekeliling tempat tinggalnya.Ia akan menguji ilmunya dengan memukul bekas isterinya.Semasa hidup bersama dengan pesakit ini, hidup bekas isterinya seperti hidup didalam neraka,kerana ia akan dipukul,dihiris,disepak dan bermacam2 lagi setiap hari.Hidup bekas isterinya menjadi troma setiap kali mendengar suara bekas suami balik ke rumah,kerana ia pasti akan di pukul walaupun kerana ada masalah yang kecil.
Selapas tamat perkhidmatan tentera,pesakit ini menceraikan isterinya keran mahu berkahwin dengan wanita Indonesia yang lebih muda,Dia menggunakan wang pencen dengan berpoya2 dengan sesuka  hatinya tanpa memberi sesen pun kepada bekas isterinya.Setelah wangnya habis dikikis, wanita Indonesia ini telah tinggalkanya dan pulang ke Indonesia,akibat kejadian ini sakit ini telah jatuh sakit,Pesakit ini dihantar ke Hospital dan ditinggalkan di sana.Pihak Hospital telah menjumpai no telephone keluarganya dan mereka terus menghubungi bekas isterinya sebagai waris yg sah.
Semenjak itu kesihatannya terus merosot sehingga ia tidak dapat bertutur dan menyebut Allah.Mahluk halus didalam tubuhnya mula bertindak memakan diri pesakit ini,sehingga kurus kering.Di malam hari ia tidak pernah tidur,matanya bersinar2 memerhatikan orang ,terutama orang perempuan.Semua ahli keluarganya menjadi takut melihat keadaan pesakit ini.Semenjak ASK mula membantu pesakit ini keadaanya sudah berubah ia menjadi lemah tidak agresif lagi, ASK telah berjaya mengeluarkan susuk didalam tubuhnya dan mengurangkan sedikit penderitaanya.Keadaan seterusnya ASK hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah semoga ia mendapat keampunan...Wau`allahuwakllam...

No comments:

Post a Comment