Sunday 24 June 2012

Dendam kekasih lama

Akibat dendam kerana pinangannya di tolak oleh keluarga kekasihnya,maka ia sanggup bersahabat dengan Jin (Hantu raya) untuk memusnahkan kehidupan bekas kekasihnya.Masalah ini telah berlarutan selama 3 tahun,keluarga pesakit ini telah berusaha merawatnya dengan bermacam2 cara dan telah pergi berjumpa dengan ramai ustaz dan pakar2 rawatan alternatif Islam tetapi semuanya menemui jalan buntu,bahkan masalahnya menjadi bertambah rumit,kerana setiap kali mereka pergi berubat Jin tersebut akan menjadi bertambah agersif dan marah kepada mereka,dia akan menganggu seluruh ahli keluarga pesakit ini.
Pesakit ini juga akan menjadi ganas tanpa dapat dikawal,didalam rumahnya akan berlaku berbagai perkara aneh seperti bunyian yg menakutkan,cakaran pada dinding didalam dan luar rumah,terdapat bunyi orang berlari diatas siling rumahnya.Begitu juga terdapat kesan cakaran di dada pesakit ini setiap kali bangun dari tidur.
Malah terdapat juga seperti orang membaling batu kedalam rumahnya,sedangkan semua pintu dan tingkap semuanya tertutup, batu tersebut tidak diketahu arah balingannya.Keluarga pesakit ini sentiasa hidup didalam ketakutan setiap hari.Dompet duit yang hilang,tiba2 jatuh dari atas siling rumah,ketika sedang  mandi,pintu terkunci dari luar,sering kelihatan bayangan hitam disekeliling rumah dan bermacam2 lagi perkara aneh berlaku didalam dan luar rumah pesakit ini.
Ketika ASK sampai di rumah pesakit ini untuk merawatnya,tiba-tiba 2 ketul batu seperti di baling melayang terkena pintu bilik pesakit ini.Tidak deketahui dari mana batu ini datang dan siapa yg membalingnya.Semasa dalam proses rawatan Jin ini cuba melawan dengan sekuat tenaganya,tetapi ia tidak mampu dan akhirnya ia telah tewas.ASK telah menyiksa Jin ini dengan teruk dan akhirnya ia mengaku bahawa ia telah disuruh @ di upah oleh bekas kekasih lama pesakit ini kerana dendam.Setelah itu ASK memindahkan Jin ini ketempat lain yang jauh dari manusia,supaya ia tidak dapat menganggu mana2 manusia lagi..insyaallah... akhirnya pesakit ini telah pulih seperti biasa.Dendam kekasih lama

No comments:

Post a Comment