Wednesday 30 May 2012

Bicara dgn Jin Tanah dan Bunian dari Pulau Langkawi

Seorang pesakit bersama keluarganya datang mengadu dengan ASK,dalam beberapa tahun ini berlaku berbagai2 kejadian aneh terhadap diri dan keluarganya,tetapi ianya tidak mendatangkan masalah seperti sakit atau yang mendatangkan kemudaratan kepada mereka,sebaliknya mereka mendapat pertolongan dari mahluk jin ini.Contohnya Jin ini ingin menjadikan pesakit ini ahli perubatan (Bomoh),menyuruh pesakit ini me,membaca al Quran,berzikir dan berbagai2 lagi.Katanya ia adalah pendamping @ sahabat pesakit ini.JIka keluarga ini memerlukan pertolongan mereka hanya perlu menyeru nama Jin tersebut dan ia akan datang dan menawarkan apa saja pertolongan yang di minta.
Keadaan ini mula mendatangkan kebimbangan didalam hati ketua dan ahli keluarga yang lain,kerana mereka takut perbuatan ini akan mendatangkan perbuatan Syirik kerana menduakan Allah Subhanatalla..
Untuk merungkaikan masalah ini ASK telah memanggil Jin tersebut dan bercakap menggunakan suara pesakit ini agar semua ahli keluarganya tahu bagaimana Jin ini datang,ianya berasal dari mana,kenapa mahu berkawan dengan pesakit ini.Disebabkan takutkan hukuman dari ASK terhadapnya,Jin ini memberitahu ia telah berada dengan pesakit ini lebih 10 tahun dan berasal dari Utara Pulau Langkawi,ia adalah dari golongan Bunian,Bapanya adalah seorang penghulu Bunian disana.Disamping itu juga terdapat 1ekor lagi Jin Tanah yang ingin bersahabat dengan pesakit ini.Mereka ini telah diberi amaran agar jangan menganggu pesakit dan keluarga ini lagi.ASK juga perintahkan mereka pulang ke tempat asal masing2.tidak ada peluang kedua buat mereka,jika terjumpa dengan ASK lagi mereka akan di hukum dengan seberat2nya...

No comments:

Post a Comment