Monday 16 April 2012

Dalam masa 4 bulan,7 orang ahli keluarga ini meninggal dunia secara misteri.

Kejadian ini amat merisaukan keluarga ini kerana mereka tidak dapat merungkai apa sebab yang berlaku terhadap keluarga mereka,korban memakin bertambah dari hari kehari.Menurut cerita percakapan ketua keluarga ini,sebelum mangsa yang terakhir meninggal dunia,mahluk halus yang berada di dalam badan pesakit ini akan memberitahu kepada ketua keluarga ini, mangsa seterusnya selepas kematian pesakit ini.Keadaan ini amat merisaukan mereka semua, kerana mereka semua diibaratkan sedang menunggu hukuman mati.Percaya atau tidak percakapan itu tidak boleh dipertikaikan lagi kerana ahli keluarga mereka telah meninggal 7 orang dalam masa 4 bulan,apa yang mahluk halus itu cakap semuanya telah berlaku.
Setelah berjumpa dengan ASK dan kajian serta rawatan telah dibuat terhadap ahli keluarga ini,memang terdapat unsur2 saka dan dendam mahluk halus terhadap keluarga ini,disebabkan keterlanjuran mailto:percakapan@perbuatan ahli keluarga ini terhadap mahluk halus ini.
Untuk permulaan bantuan kepada keluarga ini ASK telah membantu mengeluarkan bisa2 dari dalam badan pesakit ini dan bertindak memagar seluruh kawasan didalam rumah mereka,dari dicerobohi oleh mahluk halus ini.Alhamdullillah kesihatan badan mereka bertambah sihat dari sebelumnya,dan mula terdapat ketenteraman didalam hati dan rumah mereka.Masalah ini masih belum selesai kerana ASK terpaksa mencari dan memindahkan semua mahluk halus ini ketempat yang jauh dari manusia. 

No comments:

Post a Comment