Wednesday 2 May 2012

Di sihir akibat perselisihan ditempat kerja

Pesakit ini seorang lelaki berusia 50an,masalah dirinya adalah selalu sakit2 didlm badan,dia rasa terdapat benda yang bergerak2 didalam badannya.Yang menjadi masalahnya sekarang pernafasanya sentiasa menjadi sesak,kaki dan tangannya menjadi kekejangan.Disebelah malam pula ia tidak dapat tidur,selalu diganggu.
Semasa pesakit ini berada dlm keadaan yang  tidak sedarkan diri ia bercakap dalam bahasa yang tidak difahami oleh sesiapa pun.Keadaan ini amat merisaukan keluarganya,kesihatan pesakit ini semakin merosot dari hari kehari.
Semasa dalam proses rawatan, keadaan pesakit tidak sedarkan diri dan menjerit2,meronta2 kesakitan.Mahluk halus yang berada didalam tubuhnya begitu degil dan kuat,ia melawan ASK dengan sekuat tenaga dan kemampuannya,Setelah ia hampir2 tewas,mahluk ini berjaya melarikan diri keluar dari tubuh pesakit ini melalui kaki.Kebetulan ramai pesakit yang menunggu rawatan di luar bilik, ternampak mahluk tersebut terbang keluar melarikan diri ke arah hutan di belakang rumah ASK.Keadaan ini membuatkan mereka bertempiran lari masuk kedalam rumah ASK dan kereta mereka masing2.
Setelah mahluk ini keluar dari tubuh pesakit ini,baru lah pesakit ini sedar dan tidak merasa sakit lagi.Untuk keselamatan pesakit ini ASK telah membuat pendinding diri untuknya agar mahluk halus ini tidak boleh masuk semula ke dalam tubuh pesakit ini..insyallah..

No comments:

Post a Comment