Monday 19 March 2012

Pemuda India diresapi Mahluk halus ketagih pakaian dalam wanita.

Kejadian ini amat membingungkan keluarga pemuda ini.Malam tadi telah datang sekeluarga berbangsa India ke Pusat Rawatan ASK untuk meminta bantuan,bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang menimpa anaknya.Mengikut keterangan ibubapa dan pesakit itu sendiri,apabila menjelang tengah malam kelakuan pemuda@pesakit ini tidak dapat dikawal,ia akan memberontak untuk keluar dari rumah walau pun dikurung oleh keluarganya.Pemuda ini pasti akan dapat melepaskan diri dan pergi memcuri pakaian dalam wanita disekitar kawasan taman perumahannya.Boleh dikatakan tiap2 malam pasti dia akan membawa balik pakaian dalam wanita.Semua pakaian itu akan disorok didalam bonet keretanya.Sehingga satu hari bapanya begitu terkejut,kerana terdapat begitu banyak pakaian dalam bonet kereta anaknya.Apabila ditanya anaknya itu mengaku ia mencuri dan ia tidak boleh mengawal kelakuan @ perasaan daripada mengelak dari mencuri,perasaan itu datang secara tiba2 ia akan bertindak keluar dari rumah untuk mencuri,walau pun semua pintu dikunci oleh keluarganya.Ia pasti dapat meloloskan diri dan pergi mencuri hanya pakaian dalam wanita sahaja.
Kejadian ini amat merisaukan Ibu dan bapanya mereka telah berusaha bermacam2 cara rawatan terhadap anaknya ini tetapi tidak berhasil,sehingga lah ia berjumpa dengan ASK.
Dalam proses rawatan pesakit ini ASK menggunakan kaedah berdialog dgn Jin tersebut dan bertanya sebab ia menganggu pesakit ini,setelah semua keterangan diperolehi dan memuaskan hati ASK dan keluarga pesakit ini,ASK bertindak memulihkan kembali semangat dan memindahkan Jin tersebut ketempat yg jauh dari manusia, agar ia tidak dapat menganggu mana2 manusia lagi,insyallah...

No comments:

Post a Comment