Friday 24 February 2012

Terkena sihir India,3 ekor ular Tedung serang rumah mangsa.

Kejadian aneh ini telah berlaku di rumah keluarga pesakit ini,Semalam telah datang sekeluarga untuk berjumpa ASK, meminta bantuan rawatan perubatan akibat terkena sihir dari Bomoh berbangsa India.
Kejadian bermula apabila pesakit ini merasa gelisah,sakit2 badan dan yang paling ketara anak gadis keluarga ini menjerit2 dan memberitahu bahawa ada makhluk berbadan besar hitam cuba memeluknya dari belakang,ia meronta2 untuk melepaskan diri.Selepas kejadian ini berlaku berbagai kejadian aneh di dalam rumah keluarga ini.Suatu petang suami pesakit ini telah melihat kelibat hitam dan berkilat didalam rumahnya,setelah diamati ianya adalah seekor ular tedung hitam sedang lari menyorok di bahagian dapur rumahnya.Setelah lama mencari,mereka terjumpa ular ini sedang menyorok dibahagian bawah peti sejuk, dan suaminya bertindak memukul dan membunuh ular tersebut,panjangnya lebihkurang 4 kaki agak besar jugak. Setelah itu datang 2 ekor lagi ular, di pintu rumahnya dan seekor lagi berjuntai dicermin hadapan kereta isterinya,ketika itu isterinya sedang berada didalam kereta dan ia tidak berani keluar dari kereta sehingga ular itu di bunuh oleh suaminya.
Kejadian ini terbongkar setelah Jin tersebut masuk kedalam tubuh adik ipar pesakit,dan ia telah sama2 datang berjumpa ASK.Adik iparnya berasa takut bila berhadapan dengan ASK,ketika itu ASK bertindak merawat dan bertanya kepada Jin tersebut kenapa ia menganggu keluarga ini,dan siapa yang menyuruhnya datang,siapa tuanya,apa upahnya yang diberi setelah menganggu keluarga ini.
Jin tersebut mengaku ia Jin kafir, tuannya Orang India beragama Hindu.Upahnya adalah segelas susu,ia akan dapat upah setelah kerjanya selesai setiap hari. Jin itu juga mengaku bahawa ular2 itu adalah jelmaan mereka yang datang untuk menganggu keluarga ini.Dia juga menyebut nama orang India yg tidak puas hati terhadap pesakit ini,kerana masalah di tempat kerja.Orang India inilah yang mengupah mereka dengan bayaran tertentu,dibayar kepada tuan mereka(Bomoh India).
Setelah semua berpuashati diatas penerangan Jin tersebut ASK bertindak menyiksa dan mengurung, memindahkan Jin2 tersebut di suatu tempat yg sesuai agar mereka ini tidak dapat menganggu manusia lagi selepas ini. Insyallah...

No comments:

Post a Comment