Monday 20 February 2012

Di gangguan Jin dari Sumatera,Indonesia.

Semalam ada pesakit datang meminta bantuan ASK kerana dia tidak normal dan tidak boleh mengawal dirinya.Dirinya sering sakit2 dan setelah pergi mendapatkan rawatan,doktor mengesahkan dia tidak mengidap apa2 penyakit.Didalam dirinya tidak pernah ada ketenteraman,fikiranya juga sering terganggu.Pesakit ini juga tidak boleh tidur dengan sempurna,sering terjaga dan matanya tidak mahu lelap,walaupun badannya letih.Kejadian ini amat menyiksakan dirinya dan telah berlarutan lebih 3 bulan.Di dalam rumahnya juga berlaku berbagai2 pekara pelik,seperti ada orang ramai didalam rumah,bunyian ketukan,hentakan,orang berlari dan bermacam2 lagi.Keluarga pesakit ini sentiasa berada didalam ketakutan dan kebingungan.
Apabila Pesakit ini berada dihadapan ASK ia menjadi lemah dan menggigil ketakutan,tiba2 ia menangis ketakutan.ASK telah dapat mengesan pergerakan Jin didalam tubuh pesakit ini dan Jin ini tahu ia tidak dapat melawan @ menghadapi ASK maka itu ia menangis meminta belas ihsan ASK agar jangan apa2kan dia(Jin).Dia sedia berkerjasama dan menurut apa saja kemahuan ASK dan keluarga pesakit ini.Setelah di tanya siapa tuannya dan mengapa menganggu pesakit ini dan dari mana ia datang,Jin telah menceritakan semuanya apa yang telah berlaku dan mengaku ia datang dari Sumatera,Indonesia di bawa di dalam botol oleh tuanya yang juga tinggal bersebelahan dengan rumah pesakit ini.Setelah semua maklumat diperolehi ASK bertindak memindahkan Jin ini ketempat yang sepatutnya ia tinggal,agar ia tidak boleh menganggu manusia lagi.. Insyallah...
Di akhir rawatan pesakit ini kembali pulih seperti biasa,hanya keletihan akibat gangguan Jin ini selama 3 bulan.

No comments:

Post a Comment