Thursday 16 February 2012

Dipaksa menerima saka @ Jin pendamping.

Seorang gadis dari Pantai Timur di paksa oleh bapanya untuk menerima Jin belaanya untuk menjadi pendamping kononnya untuk menjaga keselamatan diri anak gadis ini.
Bapa gadis ini telah mengambil beberapa titis darah dari jari manis anak ini dan di persembahkan untuk santapan Jin peliharaanya dengan melakukan upacara yg tertentu.Setelah itu gadis ini menjadi agresif dan hilang kawalan diri.Keadaan ini berlarutan selama 2 tahun,siapa pun tidak mampu mengawal atau menegur kelakuanya sehingga dia lari dari rumah tanpa sebarang berita. Nasibnya boleh dikatakan baik kerana terjumpa satu keluarga angkat yang mengambil berat tentang diri anak gadis ini.Dalam masa 2 tahun ketika bersama keluarga angkatnya bermacam2 perkara aneh dan kesihatan anak ini selalu terganggu,ada kalanya terpaksa dimasukan ke hospital.
Keluarga angkatnya membawa gadis ini berjumpa ASK untuk rawatan selanjutnya.Semasa menjalani rawatan anak ini telah pengsan dan setelah itu dirinya bertukar suara dan mengaku ia adalah Jin peliharaan bapa gadis ini dan telah berjanji untuk menjadi pendamping anak ini selama2nya atas arahan bapanya.Dalam masa 2 tahun menjadi pendamping anak ini,Jin tersebut lebih banyak menyusahkan dari kebaikan.Sehingga adakalanya ia menjadi sakit dan agersif tanpa dapat di kawal.
Jin ini cuba melawan ASK dengan segala kemampuanya,tetapi ia tidak berjaya.ASK telah menyiksa Jin sebagai pengajaran terhadapnya agar tidak menganggu manusia lagi,setelah itu ASK bertindak mengurung dan memindahkan jin ini ketempat yg sepatutnya ia tinggal,yg jauh dari manusia.
Setelah semuanya selesai anak ini mulai sedar dlm keadaan yg tidak bermaya dan ASK membantunya agar pulih seperti biasa..insyallah

No comments:

Post a Comment