Thursday 16 February 2012

28 ekor Jin kafir mohon untuk memeluk Agama Islam.

Kejadian aneh ini berlaku ketika ASK sedang merawat satu keluarga dari Bukit Mertajam. Kisahnya bermula apabila seorang pesakit datang berjumpa ASK kerana tidak tahan dengan gangguan Jin di rumahnya. Berlaku bermacam2 perkara aneh di rumahnya contoh pesakit ini selalu mendengar suara orang memanggil namanya dan menyuruh ia membuat bermacam2 perkara mengikut kemahuan Jin tersebut,jika ia mengingkarinya akan berlaku berbagai perkara yg tidak sepatutnya dan kesihatan dirinya akan sakit.Didalam rumahnya juga akan kedengaran bermacam2 bunyi seperti ada ramai orang dalam rumahnya.Keadaan ini amat menyiksa diri dan keluarganya.
Ketika berada di hadapan ASK pesakit ini tiba2 rebah dan tidak bermaya.ASK dapat mengesan ada seekor Jin kafir didalam tubuhnya. Jin ini menjadi terlalu takut apabila berhadapan dengan ASK,kerana ia tahu dirinya akan menderita @ tersiksa sebentar lagi.ASK menggunakan kaedah saikologi untuk mengetahui sebab dan tujuan mengapa ia menganggu dan berapa ramai Jin yang ada didalam rumah pesakit ini.
Ternyata usaha ASK berjaya kerana Jin tersebut memberi kerjasama yg baik, dengan menceritakan semua perkara yang ingin diketahui oleh keluarga pesakit dan ASK sendiri.
Hasilnya ialah dapat diketahui bahawa terdapat ramai Jin kafir yg tertarik dengan keluarga ini,kerana ahli keluarga pesakit ini rajin dan selalu membaca al`quran dan lain2 amal ibadat yang lain semasa berada didalam rumah.Golongan jin ini amat teringin belajar berkenaan Agama Islam tetapi mereka tidak boleh kerana mereka tidak ada Agama.Dulu kata mereka ASK pernah mengislamkan sahabat mereka dan setelah itu ASK telah menghantar sahabat mereka ke tempat yang selamat dan boleh mendalami termasuk mengaji Al`quran.Ternyata benar apa yang dikatakan oleh Jin tersebut kerana ASK pernah merawat pesakit ini dahulu. Jadi sekarang mereka berkumpul dengan tujuan yang sama,meminta ASK memindahkan mereka semua ke tempat sahabat mereka.(tempat itu hanya untuk golongan Jin sahaja.) Jin itu berkata,hanya ASK yang boleh mengislamkan mereka dan membebaskan mereka semua daripada tuan mereka(Manusia) yang jahat.Mereka tidak mahu lagi menganggu manusia.Pada ASK pendapat seperti ini hanya ada pada segelintir kecil sahaja dari golongan Jin.Sebelum ini mereka telah menyaksikan penyiksaan yang teruk oleh ASK terhadap sahabat(Jin) mereka,jadi telah timbul keinsafan diatas kekuasaan Allah Subhanata`allaa. ini hanya di dunia belum lagi di akhirat kelak.
sesungguhnya golongan jin juga akan menderita sakit tersiksa seperti manusia jika di siksa.

No comments:

Post a Comment