Wednesday 15 February 2012

Akibat terlampau stress pelajar ini kemurungan,hilang pertimbangan diri.

Seorang pelajar MRSM di P.Pinang tidak dapat meneruskan persekolahannya kerana gangguan fikiran dan kadang2 kerasukan makhluk halus semasa belajar di sekolah.Pihak MRSM telah membawa pelajar ini untuk mendapat rawatan perubatan moden,tetapi tidak berhasil.Setelah itu mereka memaklumkan kepada waris pelajar ini untuk mengambil anak mereka untuk rawatan susulan.
Keluarganya telah bawa pelajar ini berjumpa dengan ASK untuk rawatan susulan.Semasa rawatan pelajar ini berada dalam kebingungan,hilang tumpuan diri sendiri.ASK dapati memang terdapat gangguan makhluk halus didalam diri pelajar ini,dan terdapat juga gangguan fikiran @ emosi yg teruk terhadap pelajar ini.ASK berjaya mengusir @ mengeluarkan makhluk halus didalam tubuh pelajar ini,setelah ia sedar ASK bertanya kenapa ia hilang pertimbangan diri dan tidak mampu mengawal diri sendiri.Pelajar ini mengaku ia menjadi terlalu stress kerana tertekan dengan gurunya yg selalu menekan dirinya,ada kalanya guru tersebut mengoyak buku latihanya.Ia menjadi terlalu marah dan kecewa di perlakukan sedemikian dan didalam fikirannya ia menjadi terlalu benci terhadap gurunya itu sehingga ia mengambil keputusan tidak mahu meneruskan pelajaranya di MRSM itu lagi.Semenjak itu fikirannya menjadi celaru @ kusut.Tambahan pula makhluk halus yg ada di kawasan itu mula menganggu pelajar ini,ada kalanya mereka menampakkan diri mereka kepada pelajar ini,setelah itu ia mula bertindak merasuk dan berlaku lah bermacam2 perkara yg tidak diingini.
ASK telah berjaya memulihkan kembali semangat pelajar ini dan ibubapanya mengambil keputusan untuk memindahkan pelajar ini ke Sekolah yang lain,demi masa depan dan kesihatan diri pelajar ini.

No comments:

Post a Comment