Tuesday 3 January 2012

Rumah sewa yg di kuasai oleh makhluk halus.

Kejadian pelik ini berlaku di Utara,ASK menerima panggilan dari seorang cikgu, tuan punya rumah sewa berkenaan.Dia telah menyewa rumahnya itu kepada seorang ahli perniagaan.Rumah itu dijadikan `Rest House` sahaja,penyewa itu hanya akan duduk jika ia ada urusan di kawasan tersebut sahaja.Di dalam rumah tersebut memang lengkap dengan perabut dan berbagai2 kelengkapan,tetapi tiada berpenghuni.Rumah ini sentiasa tiada penghuni.Boleh dikatakan penyewa itu akan balek di hujung minggu sahaja.
Kejadian aneh ini bermula bermula selepas anak lelaki penyewa ini tertangkap gambar wajah leleki aneh dan mengerunkan di dlm kawasan dapur rumah ini.Setelah itu berlaku berbagai perkara2 aneh didalam rumah tersebut.Sehinggakan suatu ketika mereka terpaksa lari malam kerana takut akan gangguan makhluk halus ini.
Apabila hendak berpindah makhluk ini tidak beri mereka bawa keluar segala barang2 kelengkapan yg ada didlm rumah itu.Jika ada sesiapa cuba membawa keluar mereka akan menganggu sampai orang itu pulangkan semula barang itu ketempat asal di dalam rumah itu.Kejadian ini amat membingungkan keluarga ini.mereka telah berusaha berbagai2 cara utk mengeluarkan barang2 mereka.Setelah di bantu akhirnya keluarga ini dapat mengeluarkan semua barang2 kelengkapan rumah mereka.ASK telah membersihkan seluruh kawasan rumah agar makhluk ini tidak dapat masuk semula. 

No comments:

Post a Comment