Tuesday 3 January 2012

Disihir oleh ibu mertua kerana bukan menantu pilihan.

Kejadian ini begitu menyayat hati,pesakit ini datang bersama2 suami dan ibunya sendiri untuk mendapat rawatan kerana pesakit ini sering sakit2,dan muntah2 selalu.apa yang di makannya akan keluar semula.
Apabila dirumah dia akan sering bertelagah dengan suaminya tanpa sebarang sebab.Kalau pesakit ini melihat wajah suaminya perasaan panas dan benci akan timbul secara tiba2.Yang anehnya perkara ini hanya berlaku didalam rumah sahaja,apabila mereka keluar dari rumah itu hubungan mereka akan intim dan penuh kasihsayang.
Yang lebih malang lagi pesakit ini tidak boleh pergi bekerja.Apabila tiba ditempat kerja ia akan sakit dan jatuh pengsan,dia telah diberi cuti sakit selama 2 bulan oleh doktor.Anehnya penyakit pesakit ini tidak dapat dikesan oleh doktor yg merawatnya.Mereka menyuruh ia pergi mendapatkan rawatan secara mailto:alternatif@tradisional secara Islam.
Suami pesakit ini membawa ia berjumpa dengan ASK dan ketika berhadapan dengan ASK seluruh tubuh badan pesakit ini menjadi ketar dan takut tanpa sebab.Pernafasanya juga tersekat dan menjadi sesak.
Dalam proses rawatan pesakit ini menjadi agresif dan melawan dgn sekuat tenaganya.Akhirnya JIN yang ada didalam badannya menjadi lemah dan menyerah kalah kepada ASK.Setelah itu ASK bertanyakan berbagai2 soalan kepada JIN tersebut dengan tujuan untuk mengetahui kenapa,  bagaimana dan dari mana ia datang.Dalam keadaan ketakutan JIN telah mengaku ia mailto:kepunyaan@%20dipeliharaan seorang bomoh Siam.Mereka di upah oleh ibu mertua pesakit ini,dengan tujuan agar pasangan ini bercerai dan JIN ini tidak boleh pulang selagi pasangan ini tidak bercerai.ASK telah menyuruh JIN ini mengambil semula semua bisa2 yang di kenakan didalam tubuh badan pesakit ini.
Setelah ASK pastikan semuanya telah pulih seperti biasa,barulah ASK bertindak memindahkan JIN ini ke tempat lain yg lebih selamat agar ianya tidak boleh menganggu manusia lagi.
Suami pesakit ini mengaku apa yang berlaku pada isterinya adalah benar,Isterinya bukanlah menantu pilihan ibunya,tetapi pilihan hatinya sendiri yg tidak mendapat restu ibunya sampai ke hari ini.Walaupun begitu mereka tidak pernah menaruh dendam kepada ibunya,dan sentiasa berdoa kpd Allah agar,suatu hari nanti terbuka pintu hati ibunya untuk menerima mereka berdua..insyallah... 

No comments:

Post a Comment