Tuesday 3 January 2012

Anggota PGA di rasuk ketika bertugas.

Smlm ketika ASK sibuk merawat pesakit,datang sekumpulan pegawai dan anggota Polis dari sebuah kem PGA yg berdekatan dengan Pusat Rawatan ASK.Didalam kereta peronda itu terdapat seorang anggota Polis yg sedang meronta2 kerasukan makhluk halus.
Setelah diberitahu oleh Pegawai yg mengiringi anggota tersebut tentang keadaan pesakit itu,ASK cuba untuk melemahkan makhluk yang ada didalam badanya,supaya senang pesakit ini di bawa masuk ke dalam bilik rawatan ASK.
Apabila tiba didalam bilik rawatan,makhluk ini cuba melawan dgn sekuat tenaganya,untuk mengatasinya beberapa orang terpaksa membantu ASK untuk memegangnya.Setelah itu,ia tewas dan menjadi lemah dan mengaku bersalah,minta di bebaskan dan di pulangkan semula ketempat asalnya,sebagai pengajaran kepadanya ASK telah menyiksa makhluk ini agar ia sedar dan tidak cuba untuk menganggu  manusia lagi.ASK bertanya kepada makhluk ini tentang asal usulnya,kenapa ia datang menganggu pesakit ini yg sedang bertugas di stor senjata dalam kem tersebut.Akhirnya makhluk ini memberitahu dari mana ia datang dan kenapa ia menganggu anggota ini dan berjanji tidak akan cuba lagi menganggu atau lalu di kawasan tersebut.Pada ASK janji makhluk laknat seperti ini langsung tidak boleh dipercayai,dan sebagai langkah keselamatan semua ASK telah bertindak memindah makhluk ketempat lain yg lebih selamat supaya ia tidak boleh lagi menganggu manusia.
ASK berjaya mengeluarkan makhluk ini dari dalam badan anggota tersebut dan pulihkan semula semangatnya.Akhirnya anggota tersebut pulih sepenuhnya..Syukur kepada Allah kerana memberi rezeki kesembuhan kesihatan kepadanya...Amin.. 

No comments:

Post a Comment