Tuesday 17 January 2012

Rawat pelajar UIA di Hospital Seberang Jaya

Smlm ASK menerima panggilan dari hospital Seberang Jaya untuk membantu merawat seorang pesakit misteri seorang pelajar UIA.Pelajar ini telah 5 hari berada di Hospital Seberang Jaya berbagai kaedah rawatan moden telah pihak Doktor berikan kepadanya, tetapi pihak hospital masih gagal untuk mengesan punca penyakit yg di hidapi oleh pelajar ini.Setelah buntu mereka tempatkan pelajar ini disebuah bilik yg berasingan dgn pesakit yg lain kerana ia akan menjadi agersif bila tiba waktu2 yg tertentu.Ini untuk keselamatan dan ketenteraman pesakit2 yg lain.
Pelajar ini akan meronta2 dan bercakap dlm logat yg tidak difahami oleh sesiapa pun,mereka terpaksa mengikat kaki dan tangan pelajar ini di katil bagi tujuan keselamatan dirinya sendiri.
Setelah dimaklumkan oleh pihak hospital ttg pesakit ini maka ASK mula membantu pelajar ini dgn cara melemahkan makhluk halus yg ada didalam badan,dan cuba mengeluarkan makhluk ini dari dalam tubuh
pelajar ini.Usaha ASK berjaya kerana pelajar ini mula sedar dari kerasukan dan boleh bercakap secara normal.Dia memberitahu ASK ttg segala masalah yg dihadapinya dan di bahagian mana dalam tubuhnya yang sakit2.ASK berusaha sedaya upaya untuk membantu pelajar ini agar dapat pulih seperti biasa.Insyallah... pelajar ini masih lagi dalam rawatan ASK  

No comments:

Post a Comment