Monday 16 January 2012

Akibat sihir gadis ini telah menderita lebih 10 tahun.

Pada hari sabtu yang lepas ASK telah di jemput pergi ke S`ban,N.Sembilan untuk membantu merawat seorang anak gadis yang berusia 28 tahun.Gadis ini adalah seorang yang pintar,dia telah terpilih untuk belajar di sebuah IPTA d selatan tanah air,kerana ada orang yang  tidak senang dengan kelebihanya maka ia telah di sihir dengan begitu teruk,sehingga ia tidak kenal diri sendiri,hilang kewarasan sebagai manusia biasa,telah beberapa kali keluarganya membawa ke hospital dan di tempatkan di wad orang sakit jiwa.
Ketika beada di Wad berkenaan dia menjadi normal,dan keluarganya membawa ia keluar dan mula mencuba kaedah rawatan alternatif Islam.Dalam masa 10 tahun ramai ahli2 dan ustaz2 pakar rawatan tradisional cuba membantu untuk merawatnya,tetapi tidak berjaya malah anak ini menjadi bertambah agrasif dengan melawan sekuatnya,menurut bapanya 5 orang lelaki dewasa masih tidak mampu untuk menahan @ mengawalnya.Ramai yg cuba membantu anak ini terpaksa berundur demi keselamatan diri dan keluarga mereka kerana makhluk halus yang menganggunya akan bertindak menganggu diri dan ahli keluarga orang cuba membantu anak ini.
Kejadian yang paling menakutkan semua orang ialah ketika sedang menjalani rawatan pesakit ini akan menjelir lidahnya yang panjang seperti lidah anjing untuk menakutkan semua orang. Sebagai manusia biasa kita tidak mampu mengeluarkan lidah yang panjang begitu.
Menurut bapa pesakit ini ramai ahli2 perubatan yang akan menarik diri dari membantu anak ini kerana takut berlaku kejadian yang tidak diingini terhadap diri dan keluarga mereka.
Ketika ASK sampai dirumah pesakit ini,makhluk halus ini telah tahu dan ia telah membuat persiapan rapi untuk menghadapi ASK,dia bepura2 jadi baik dan meminta agar ASK tidak campur tangan dalam urusan pesakit ini.Selama ini ASK memang tidak pernah ada teloransi dengan semua makhluk halus,dan
permintaanya ditolak oleh ASK,maka berlakulah pertarungan yang hebat,bertempiaran lari orang yang di sekeliling ASK,setelah berhempas pulas selama 15 minit, akhirnya makhluk itu  tewas dan meminta maaf kerana menganggu pesakit ini.ASK telah bertanya kenapa dan dari mana ia datang,apa masalah yang sebenarnya yang terjadi kpd pesakit ini.Makhluk ini dalam ketakutan dan mengigil telah menceritakan semua yg berlaku kpd ASK dan keluarga pesakit ini.Setelah itu ASK bertindak memindahkan makhluk ini ketempat yang selamat agar ia tidak boleh menganggu pesakit ini lagi.Untuk menghindari dari makhluk halus yang lain datang menganggu,ASK telah membersih dan memagar seluruh kawasan didalam rumah pesakit ini.agar tiada lagi makhluk halus yang lain dapat masuk dan menganggu pesakit ini. insyallah... 

No comments:

Post a Comment