Monday 26 December 2011

Akibat sihir kulit pesakit ini kelihatan seperti kulit Biawak

Pesakit ini datang berjumpa ASK untuk merawat sakit kulitnya yang terlalu sakit dan gatal sehingga dia sendiri tidak tertahan untuk menanggungnya.Seluruh badanya gatal2 yang paling ketara sekali di bahagian perut dan dadanya.Suaminya telah berusaha berbagai2 cara untuk merawat penyakit isterinya ini.Pakar perubatan moden masih tidak dapat membantu pesakit ini,mereka telah memberi rawatan yg terbaik untuk menyelesaikan masalah ini,tetapi tidak berhasil.
Menurut suami pesakit ini untuk menghilangkan rasa gatal dan sakit pada badan isterinya,ia akan memasak air sehingga mendidih dan masukan kedalam jag plastik,kemudian akan letakan di atas kulit isterinya yg bermasalah itu,seperti tuamkan  @ dilapkan pada kulit yg bermasalah itu.Anehnya isterinya sedikit pun tidak merasa sakit atau melecur pada kulit badannya,malah akan merasa lega buat sementara waktu.Begitu lah keadaan pesakit ini sebelum datang berjumpa dengan ASK.
Setelah ASK scan dan merawat pesakit ini dgn menggunakan limau purut yg dibelah dua,dan disapu pada kulit yg bermasalah itu,pesakit ini berasa sejuk pada kulit dan badannya.Gatal2 pada badannya hilang dan tiada lagi.ASK telah menarik keluar segala bisa2 sihir yang ada didalam badannya.Allhamdullillah... keadaan pesakit ini kembali sembuh seperti biasa dan tidak lagi merasa gatal2 seperti sebelumnya.Syukur kepada ALLAH... kerana memberi rezeki kesembuhan dari penyakit kepada pesakit ini..Amin... 

No comments:

Post a Comment