Friday 23 December 2011

Selama 5 tahun jadi hamba sex hantu raya @ Jin

Semalam seorang pesakit datang berjumpa dengan ASK,dan mengadu bahawa dirinya berasa lemah seluruh tubuh badan,mukanya pucat tak bermaya.Setelah ASK bertanya dengan lebih mendalam,barulah dia bercerita hal yang sebenarnya yang berlaku pada dirinya selama ini.
Masalah ini berlaku lebihkurang 5 tahun yang  lalu, mulanya dia selalu bermimpi yg pelik2.tiap2 malam dia tidak dapat tidur dan merasa gelisah tanpa sebab.Ketika suaminya keluar bekerja,dia akan di datangi oleh makhluk halus@jin dengan menyerupai wajah suaminya.Jin ini menyetubuhi pesakit ini dalam keadaan sedar,tubuh badan pesakit ini tidak dapat bergerak untuk menghalang perbuatan jin tersebut.Pesakit ini hanya mampu menangis setiap kali masalah ini berlaku.Akibat dari kejadian ini,pesakit ini menjadi troma dan takut bila tinggal berseorangan. Suaminya juga tahu akan masalah yang dihadapi isterinya ini,mereka telah berusaha berubat di merata2 tempat,tetapi tidak berhasil untuk menghalang perkara ini dari terus berlaku.Ketika ia tinggal berseorangan didalam rumah selalu ia terdengar suara orang memberi salam dan mengetuk pintu rumahnya,tetapi setelah di siasat didapati tiada orang yang datang ke rumahnya.kejadian ini selalu berlaku ketika ia tinggal berseorangan.Pesakit ini memberitahu ASK,Jin ini hanya akan datang ketika suami pesakit ini tiada di rumah.Setelah jin itu datang pesakit ini terpaksa menurut segala kemahuan jin ini.Dia tidak dapat bertindak apa2 kerana suara dan tubuh badanya akan menjadi kaku dan lemah.Selepas melakukan perbuatan terkutuk itu,Jin itu akan pergi meninggalkan pesakit itu dan akan datang lagi bila suami pesakit in tiada di rumah.Begitu lah keadaan pesakit ini selama 5 tahun.Setelah berjumpa dengan ASK semalam.ASK telah cuba untuk membantu pesakit ini dengan memulihkan kembali semangatnya,membuang segala bisa2 yg ada didalam tubuh badan pesakit ini.Setelah dirawat pesakit ini nampak bersemangat dan badanya kembali segar seperti biasa.Untuk menghalang Jin ini dari memasuki semula kedalam rumah pesakit ini,ASK terpaksa pergi ke rumahnya untuk memagar seluruh kawasan rumahnya.Insyallah...

No comments:

Post a Comment