Wednesday 14 December 2011

Pesakit India pelik tapi benar.

ASK telah merawat pesakit ini selama 1 tahun akibat sihir dan strok,semua cara rawatan ASK adalah mengikut cara perubatan Islam.Pesakit ini dan anak lelakinya telah tertarik dgn cara rawatan ASK.
Alhamdullillah pesakit in telah sihat mcm biasa.. Baru2 ini anaknya itu kemalangan jalanraya meninggal di tempat kejadian.Kejadian ini begitu menyayatkan hatinya kerana anak itu adalah kesayanganya.
Ketika ASK pergi melawat pesakit ini dia telah menceritakan bahawa selalu dia bermimpi anaknya itu datang bersama seorang lelaki dlm berpakaian cara Islam. Wajah anaknya berseri2 dan berkata kepada ayahnya..``Ayah kalau nak selamat di akhirat kelak dan sayangkan saya sekarang ini,tinggalkan agama Hindu dan peluklah agama Islam..`` setelah itu anaknya itu hilang dr pandanganya.
Saya berasa pelik atas kejadian ini tetapi itulah kebesaran Allah... saya tidak mengetahui ketika meninggal anak pesakit ini memeluk agama islam atau tidak.. yg saya ketahui anaknya beragama Hindu ketika saya berjumpa lebihkurang setahun yg lalu. Wallahhuuwakklam.....

No comments:

Post a Comment