Saturday 17 December 2011

Akibat saingan perniagaan,peniaga ini di sihir oleh bomoh dari Siam.

Dua malam yg lepas seorang peniaga barang2 electric datang berjumpa dgn ASK meminta bantuan kerana dirinya sakit2 seluruh badan,semua pekerjanya telah lari dan bekerja di tempat sainganya tanpa sbb atau memberitahu kepadanya sebab2 mereka hendak berhenti.Pekerjanya hilang begitu sahaja,sedangkan hubungan mereka sebelum ini amat baik tiada apa2 masalah.
Hubungan mereka terputus begitu sahaja,setelah di siasat semua pekerjanya itu sedang bekerja di kedai sainganya.Menurut pesakit ini keadaan in tidak sepatutnya berlaku dan menyalahi peraturan rangkaian perniagaan mereka.Pesakit ini mula menyedari dia terkena sihir setelah berlaku satu kejadian aneh di luar kedainya.Satu petang ketika pesakit ini berada didalam kedainya,seorang sami Siam lalu di tepi kedainya tiba2 berhenti dan membaca mentera,tunduk hormat@bersembahyang dihadapan kedainya.Pesakit ini berasa hairan kerana ia tidak pernah menyuruh atau ada apa2 hubungan dengan sami dari Siam ini.Perkara ini berlaku lebihkurang 10 minit dan sami itu berlalu pergi.
Setelah itu barulah ia menyedari apa yg telah berlaku kpd diri dan perniagaanya.Pesakit ini datang berjumpa dgn ASK meminta bantuan utk menyelesaikan masalah ini.ASK telah pergi melawat di kedai pesakit ini dan mendapati di sekeliling kedainya telah di tabur dgn abu mayat dgn niat pesakit ini akan menderita dan perniagaanya ini akan musnah.Petang smlm ASK telah berusaha untuk mematikan sihir itu,dan memulihkan semula diri pesakit ini dan perniagaanya.ASK akan terus memantau pesakit ini sehingga semuanya pulih seperti biasa.. insya`allah....

No comments:

Post a Comment